Thursday, March 1, 2007

Rawak: Masa ketakbersalahanku Y
Setiap orang mempunyai ribuan tabiat yang elok. Namun itu, kita tetap mempunyai beberapa tabiat yang tidak senonoh bagai papatah yang berbunyi, Di kalangan dara-dara, tetap ada teruna. Seandainya kamu mengatakan bahawa kamu tidak mempunyai tabiat yang buruk, kamu telah menipu. Superman pun mempunyai tabiat yang keji.
Tidak asing lagi, aku memperolehi pelbagai tabiat yang merosot pada diriku. Aku tidak akan mempamerkan kesemua tabiat-tabiat itu tetapi, jangan kesal, aku akan memberitahu tabiat terburuk diriku.
Mungkin kamu tidak sedar, aku asyik memberi teka-teki yang tidak munasabah sahaja seperti yang berikut :
Soalan: Dalam banyak-banyak burger, burger apa asalnya dari masyarakat Melayu?
Jawapan: Burger-del (begidil) lah! apa lagi?
Aneh ya? Ya, ia memang tidak munasabah, tetapi ini merealisasikan motif teka-teki yang sudah lama berkelana mengelilingi dunia bertahun-tahun semenjak masa moyanganda kita, bukan? Demikian pun, rakan-rakanku tetap memberi dorongan dan sokongan yang hebat terhadap teka-tekiku. Selain itu, mereka sempat tolong menyebarkan teka-tekiku. Itulah kawan yang elok.
Biarpun, buruk tetap buruk. Tidak boleh bersalin lagi. Aku percaya bahawa tabiat ini tidak begitu buruk, tetapi, memandangkan orang ramai, tabiat ini "dipandang" buruk. Ramai akan berkata, "uhh.. ok... that's so lame" atau "uhh.. ok.. teka-teki kau tidak menjadi lah," dengan mempamerkan wajah yang bosan. Bukankah hentakan bom antara negara-negara tidak begitu munasabah? Apa pula dengan masalah seks bawah umur? Bukankah sekecil-kecil teka-teki, yang tidak munasabah, dapat membahagiakan hidup kita? Kalau-kalau adanya perbahasan yang bermauduk, "Teka-teki yang tidak munasabah harus diharamkan", pasti ramai yang membangkangnya.
Ya, ada teka-teki yang boleh mengecilkan hati seseorang tetapi itu bukan tandasiaku. Niatku bagi memberi teka-teki adalah untuk menggelikan hati dan meriangkan hidup seseorang itu, bukan untuk memberikan penyakit darah tinggi kepadanya.
Lihatlah, ada lebih manusia yang sedih dari yang senang hati di serantau dunia. Aku harap teka-tekiku dapat menggirangkan dunia ini, satu-persatu. Dapatkah engkau menurut serta dalam perjuanganku ini dengan mengamalkan tabiat burukku itu, kawan?
Thursday, January 25, 2007
Rawak: Ibu kepada Ibuku. Nenekku. Seorang Gadis yang sukar minitiskan air mata.
Apabila berdepan denganku, reaksi yang biasa orang memberi ialah, "Macam pendiam sahaja...".
Sebenarnya aku orangnya peramah, tetapi aku harus mengenalimu dahulu. Jadi, kenalkan dirimu!
Meskipun, jika berbicara bersama orang asing, aku sering gurau, sukar berserius kecuali jika perbincangan yang penting.
Sifat kedua yang kamu patut tahu mengenai aku ialah bahawa aku ini seorang yang suka bergembira dan senyum. Aku sukar bersedih. Bagiku, perasaan kesal dan sedih ialah halangan bagi mencapai matlamat kami. Senyum-senyum selalu!
Selain daripada bersukan seperti bermain bola, aku gemar bermain tenis meja. Ia adalah kegiatan ko-kurikulum aku. Aku bermula bermain tenis meja semenjak 10 tahun. Namun itu, aku tidak akan jemu bermainnya kerana itulah minatku. Akulah satu-satunya anak Melayu pekat yang bertanding atau bermain sukan ini. Maklumlah, inikan permainan Cina. Aku berlatih 5 kali seminggu, 3 kali bersama sekolah dan 2 kali bersama kelab luaran. Sukan ini memerlukan tenaga mental dan fisikal yang hebat, bukan setakat menghentakkan bola ping-pong ke kawasan meja yang lain. Aku telah menjadi kapten kumpulan tenis meja bahagian "C" sekolah tahun lalu. Tahun ini, penganjur akan memilih pemain-pemain muda untuk mewakili Gabungan Sekolah Singapura. Harap-harap aku dipilih. Amin.
Anehnya, ia lebih selesa untukku berdikari. Ya, ia sukar untukku meminta tolong. Bukan sebab aku mempercayakan diri, tetapi ia telah menjadi kebiasaanku. Seringku balik rumah seseorang diri sejak kecil lagi. Aku lebih senang belajar bersendirian tanpa bimbingan orang lain. Namun itu, aku tahu bahawa aku tetap harus meminta tolong kerana ada pelbagai kekurangan pada diriku.
Akhirnya, kamu perlu tahu bahawa aku datang daripada keluarga yang besar dan berbilang bangsa. Bukan sekadar 25 orang, namun, tidak lebih kurang, 90+ orang(tidak salahku). Sebelah ibuku, terdapat 15 makcik pakcik, 40+ cucu(saudara, iaitu kami) dan 8 cicit. Sebelah bapaku pula mempunyai 9 makcik pakcik, 20+ cucu, 2 cicit. Aku ada beberapa saudara yang berbangsa Inggeris, Cina dan juga India. Ya, keluargaku sungguh memeningkan. Namun, aku tetap ada hubungan yang rapat dengan saudara-saudaraku.
Sudahlah, 5 perkara pun sudah ditulis. Itulah rukunku. 5 perkara yang terbentang di pos ini tidak akan dijaminkan sebelum kamu berdepan denganku.
Wednesday, January 10, 2007
Rawak: Apabila kami dalam kelaparan, kami pening!
Tahun yang tidak menentu arahnya. Tahun 2006. Inilah kenangan-kenangan yang paling pahit dan manis 2006:
1) Superband, pertempuran sesama kumpulan muzik antara kelas-kelas.
2) Peperiksaan akhir tahun
3) chalet kelas, 2G!
4) Persembahan Hari Guru!
5) Kem Obor!
Kelasku adalah satu-satunya kelas menengah dua yang mengambil bahagian dalam pertandingan Superband. Namun itu, kami mendapat gerak balas yang hebat. Kumpulan-kumpulan yang lain sungguh handal. Ia membawa tekanan kepada kami, aku, Sundram, Nazrul dan Martin, untuk membuat persembahan di depan khalayak ramai. Mujurlah, kami tidak mendapat undian yang tersedikit.
Peperiksaan akhir tahun ialah satu daripada kenangan-kenangan yang pahit bagiku. Aku mendapat tekanan yang buruk pada masa itu kerana aku tersadar bahawa ia mengambil peranan dalam pilihan subjek bagi menengah tiga. Aku harus belajar bersungguh-sungguh dan berterusan pada masa itu. Namun itu, kerja kuatku juga ada hasilnya.
Chalet kelasku, 2G, adalah kenangan yang paling manis bagiku kerana itulah hari-hari terakhir aku dapat bersama dengan kebanyakan kawan-kawan sekelasku. Walaupun waktu itu semasa bulam Ramadhan, aku tetap ada tenaga untuk membuat aktiviti dengan kawanku. Kami telah membuat beberapa aktiviti seperti berbasikal dan BBQ. Oleh itu, kami dapat mengeratkan silaturahim sesama kawan-kawanku. 2G '06 Boleh!
Dalam banyak-banyak persembahan yang aku telah mengambil bahagian, persembahan yang paling menarik ialah persembahan Hari Guru. Latar persembahan itu sungguh hebat. Percayahan di dalam dewan sekolah itu membuatku tenggelam dalam perasaan teruja.
Akhirnya, Kem Kelab Obor adalah satu-satunya kem yang aku minati yang telah memberi ilmu produktif kepadaku. Kami mendapat tahu mengenai prinsip asas bagi kewartawanan. Dengan ilmu itu, kami dapat membuat artikel kami sendiri yang telah berjaya menjadi satu daripada artikel yang terbaik dalam kem tersebut. Alhamdullilah.
Itulah sebahagian daripada kenangan-kenanganku. Aku pasti tahun 2007 akan membawa lebih kenangan-kenangan manis daripada yang pahit. :)