Tahun 2006, yang pahit dan manis.
Wednesday, January 10, 2007


Rawak: Apabila kami dalam kelaparan, kami pening!

Tahun yang tidak menentu arahnya. Tahun 2006. Inilah kenangan-kenangan yang paling pahit dan manis 2006:

1) Superband, pertempuran sesama kumpulan muzik antara kelas-kelas.

2) Peperiksaan akhir tahun

3) chalet kelas, 2G!

4) Persembahan Hari Guru!

5) Kem Obor!

Kelasku adalah satu-satunya kelas menengah dua yang mengambil bahagian dalam pertandingan Superband. Namun itu, kami mendapat gerak balas yang hebat. Kumpulan-kumpulan yang lain sungguh handal. Ia membawa tekanan kepada kami, aku, Sundram, Nazrul dan Martin, untuk membuat persembahan di depan khalayak ramai. Mujurlah, kami tidak mendapat undian yang tersedikit.

Peperiksaan akhir tahun ialah satu daripada kenangan-kenangan yang pahit bagiku. Aku mendapat tekanan yang buruk pada masa itu kerana aku tersadar bahawa ia mengambil peranan dalam pilihan subjek bagi menengah tiga. Aku harus belajar bersungguh-sungguh dan berterusan pada masa itu. Namun itu, kerja kuatku juga ada hasilnya.

Chalet kelasku, 2G, adalah kenangan yang paling manis bagiku kerana itulah hari-hari terakhir aku dapat bersama dengan kebanyakan kawan-kawan sekelasku. Walaupun waktu itu semasa bulam Ramadhan, aku tetap ada tenaga untuk membuat aktiviti dengan kawanku. Kami telah membuat beberapa aktiviti seperti berbasikal dan BBQ. Oleh itu, kami dapat mengeratkan silaturahim sesama kawan-kawanku. 2G '06 Boleh!

Dalam banyak-banyak persembahan yang aku telah mengambil bahagian, persembahan yang paling menarik ialah persembahan Hari Guru. Latar persembahan itu sungguh hebat. Percayahan di dalam dewan sekolah itu membuatku tenggelam dalam perasaan teruja.

Akhirnya, Kem Kelab Obor adalah satu-satunya kem yang aku minati yang telah memberi ilmu produktif kepadaku. Kami mendapat tahu mengenai prinsip asas bagi kewartawanan. Dengan ilmu itu, kami dapat membuat artikel kami sendiri yang telah berjaya menjadi satu daripada artikel yang terbaik dalam kem tersebut. Alhamdullilah.

Itulah sebahagian daripada kenangan-kenanganku. Aku pasti tahun 2007 akan membawa lebih kenangan-kenangan manis daripada yang pahit. :)


4:28 PM


Bunga-Bunga


Assalamualaikum, untuk keselamatan anda, tolong jangan mengutip apa-apa dari blog in tanpa izin pemilik. Terimah Kasih, :).

Seorang diri

- - Zaki Hussain
Kelas 3I
Jingga, warna kesukaan saya. Oleh itu, saya membuat blog ini dengan kejinggaun yang saya minati. haha. maklumlah, itukan trend terkini.
selanjutnya, saya mementingkan keluarga, kawan, pelajaran dan juga masa.
untuk meluangkan masa, saya bermain bola sepak, tenis meja dan juga bermain gitar.
itulah sahaja yang kamu perlu tahu tentang saya.:)



bersembang!


Dapatkan shoutbox!

Kenangan

[rock on] January 2007
[rock on] March 2007


TemanSejati

Zaki


credits

Layout: dee4162
Coding: 404-error
Fonts: DaFont
Hosting: Blogger