Tabiatku yang terburuk$BlogItemTitle$>
Thursday, March 1, 2007
Thursday, March 1, 2007

Rawak: Masa ketakbersalahanku Y
Setiap orang mempunyai ribuan tabiat yang elok. Namun itu, kita tetap mempunyai beberapa tabiat yang tidak senonoh bagai papatah yang berbunyi, Di kalangan dara-dara, tetap ada teruna. Seandainya kamu mengatakan bahawa kamu tidak mempunyai tabiat yang buruk, kamu telah menipu. Superman pun mempunyai tabiat yang keji.
Tidak asing lagi, aku memperolehi pelbagai tabiat yang merosot pada diriku. Aku tidak akan mempamerkan kesemua tabiat-tabiat itu tetapi, jangan kesal, aku akan memberitahu tabiat terburuk diriku.
Mungkin kamu tidak sedar, aku asyik memberi teka-teki yang tidak munasabah sahaja seperti yang berikut :
Soalan: Dalam banyak-banyak burger, burger apa asalnya dari masyarakat Melayu?
Jawapan: Burger-del (begidil) lah! apa lagi?
Aneh ya? Ya, ia memang tidak munasabah, tetapi ini merealisasikan motif teka-teki yang sudah lama berkelana mengelilingi dunia bertahun-tahun semenjak masa moyanganda kita, bukan? Demikian pun, rakan-rakanku tetap memberi dorongan dan sokongan yang hebat terhadap teka-tekiku. Selain itu, mereka sempat tolong menyebarkan teka-tekiku. Itulah kawan yang elok.
Biarpun, buruk tetap buruk. Tidak boleh bersalin lagi. Aku percaya bahawa tabiat ini tidak begitu buruk, tetapi, memandangkan orang ramai, tabiat ini "dipandang" buruk. Ramai akan berkata, "uhh.. ok... that's so lame" atau "uhh.. ok.. teka-teki kau tidak menjadi lah," dengan mempamerkan wajah yang bosan. Bukankah hentakan bom antara negara-negara tidak begitu munasabah? Apa pula dengan masalah seks bawah umur? Bukankah sekecil-kecil teka-teki, yang tidak munasabah, dapat membahagiakan hidup kita? Kalau-kalau adanya perbahasan yang bermauduk, "Teka-teki yang tidak munasabah harus diharamkan", pasti ramai yang membangkangnya.
Ya, ada teka-teki yang boleh mengecilkan hati seseorang tetapi itu bukan tandasiaku. Niatku bagi memberi teka-teki adalah untuk menggelikan hati dan meriangkan hidup seseorang itu, bukan untuk memberikan penyakit darah tinggi kepadanya.
Lihatlah, ada lebih manusia yang sedih dari yang senang hati di serantau dunia. Aku harap teka-tekiku dapat menggirangkan dunia ini, satu-persatu. Dapatkah engkau menurut serta dalam perjuanganku ini dengan mengamalkan tabiat burukku itu, kawan?
3:56 PM